Kata-Kata Aluan

 

Assamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia,

 

Laman web Persatuan Kebajikan Keluarga Bekas Polis Dan Tentera (POLTERA) adalah sebuah laman yang bertujuan untuk memberikan bantuan kebajikan kepada anggota bekas-bekas Polis dan Tentera serta orang kurang upaya.Sejak penubuhan Poltera tahun 1994, kami bertanggungjawab melaksanakan pelbagai aktiviti dan majlis yang menjalin hubungan diantara masyarakat tanpa mengiran kaum dan bangsa.Poltera juga menjalin kerjasama antara PDRM dan masyarakat bagi mengenalpasti dan menangani pelbagai masalah dengan berkesan kes-kes jenayah dan sosial.Ini adalah salah satu langkah awal untuk mendampingi masyarakat secara dekat bagi memberikan kenyakinan tentang kehadiran pihak Poltera untuk membangunankan lagi aktiviti Poltera.

 

Selain itu, Poltera sentiasa mengambil berat akan kebajikan dan keperluan anggota yang bersara, terlantar akibat penyakit yang sukar diubati, terlibat dalam kemalangan dengan melawat dan berhasrat untuk mengumpulkan dana daripada ahli-ahli kehormat persatuan,penderma-penderma yang budiman yang tampil ke hadapan untuk memberikan sokongan dan kerjasama kepada mereka.Setiap sumbangan yang diterima oleh pihak Poltera, akan mendapat pengesahan penerimaan dengan memberikan resit rasmi yang layak mendapat pengecualian cukai pendapatan LHDN.

 

Semua pegawai bertugas kami adalah sentiasa bertanggungjawab ke atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dan sekiranya Tuan/Puan tidak memenuhi kehendak atau servis perkhidmatan yang memuaskan sila hubungi saya.Sebagai Presiden persatuan ini, banyaklah usaha saya untuk mendirikan persatuan ini dengan satu sistem yang terbaik dan bersedia memberikan bantuan kepada warga emas yang memerlukan sumbangan dari pihal Poltera.

 

Sebagai tanda terima kasih dari pihak Poltera, kami sediakan pelbagai aktiviti kemudahan bagi khas buat Ahli-ahli Persatuan kami untuk menikmati dan menggunakan kemudahan yang dikategorikan dibawah program keahlian Poltera.Keahlian ini hanya diberikan kepada individu yang berjasa dan memberikan bantuan kebajikan kepada persatuan Poltera dan mereka dikenali sebagai ‘Ahli Kehormat Poltera ‘.Harapan kami adalah untuk menjaga kepentingan golongan bekas-bekas Polis,bekas-bekas Tentera dan keluarga tersayang.Perjuangan kami bersama sokongan pelbagai unit kerajaan dan anggota polis serta tentera memang memberikan tanggungjawab kepada kami untuk terus berusaha dan mewujudkan laman portal kami sebagai satu portal yang penting untuk rakyat memperolehi maklumat-maklumat penting dan berhubung kami apabila memerlukan bantuan.

 

Sebagai seorang bekas anggota Polis, saranan saya kepada masyarakat iaitu’ Berilah kepercayaan serta sokongan moral kepada Poltera dan pihak Polis untuk berkerja dengan lebih kuat walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan tomahan’.

 

Saya dengan ini juga ingin memaklumkan kepada semua ahli-ahli Persatuan Poltera untuk menggunakan sistem keahlian Poltera ini dengan keadah yang betul dan tidak sama sekali menyalahgunakan kad keahlian ini.Poltera tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kes atau masalah yang berkaitan salah guna kuasa atau menyamar sebagai anggota Polis atau anggota Tentera.

 

‘I MALAYSIA,’RAKYAT DIDAHULUKAN ,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’.

 

Sekian,Terima Kasih.

 

YDH HAJI RASUL BIN YUNUS,GSM,PJK

PRESIDEN & PENGASAS POLTERA

 


POLTERA :: Selamat Datang ke Laman Web Rasmi PERSATUAN KEBAJIKAN KELUARGA BEKAS POLIS DAN TENTERA (POLTERA) !!
Proudly powered by WordPress.