Program Bantuan Kerusi Roda Untuk OKU

Poltera juga memberikan bantuan kerusi roda kepada individu yang memerlukan bantuan sokongan kerusi roda. Persatuan kami memberikan 50-100 unit setiap tahun kepada individu yang MEMOHON kepada persatuan kami. Mereka haruslah terdiri daripada individu yang benar-benar tidak ada peluang bantuan keluarga dan dalam apa cara pun.Sekiranya anda ingin memohon bantuan kerusi roda sila hubungi pejabat kami. Kelulusan akan diputuskan dalam 7 hari berkerja.


Majlis Makan Malam Tahuanan POLTERA

Majlis Makan Malam POLTERA dianjuran setiap tahun untuk mengekalkan persahabatan dan menjadikan Persatuan ini sebagai sebuah badan NGO yang aktif dalam memberikan bantuan kebajikan serta memupuk semangat kekitaan tanpa mengira kaum,bangsa,jantina dan warganegara. Kami sentiasa memikul tanggungjawab sebagai sebuah Persatuan yang pasif dan sentiasa mengambil berat akan keperluan dan permintaan orang yang memerlukan bantuan.

Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala individu yang budiman yang sentiasa menyokong dan memberikan komitmen bagi yang menjaya hasrat murni Persatuan ini.


PROGRAM AHLI KEHORMAT

Lambang kereta POLTERA ini terbuka kepada individu yang terpilih sahaja untuk membeli dan memilikinya. Lambang ini dibekalkan dan dijual kepada Ahli Kehormat Yang Sah dilantik oleh ahli jawatankuasa tertinggi POLTERA. Orang Awam boleh memilikinya melalui menjadi Ahli dengan menghubungi kami.

Lambang berlogo ini telah mendapat kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sah digunapakai oleh orang awam sebagai tanda ahli kehormat persatuan yang telah memberikan sumbangan kebajikan untuk anggota bekas polis dan tentera.

Permit dan surat kebenaran akan dikeluarkan hanya kepada penama yang telah disahkan keanggotaannya dalam Persatuan Kebajikan Keluarga Bekas Polis Dan Tentera. Keahlian ini tidak dibenarkan memindahmilik kepada orang lain.

* Perhatian penggunaan Lambang dan Pelekat Khas Poltera Tidak samasekali dibenarkan untuk anggota atau individu bukan Ahli. Tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas sesiapa yang melakukan kesalahan atau melanggar peraturan persatuan.

POLTERA :: Selamat Datang ke Laman Web Rasmi PERSATUAN KEBAJIKAN KELUARGA BEKAS POLIS DAN TENTERA (POLTERA) !!
Proudly powered by WordPress.