POLTERA menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan untuk ahli bekas -bekas Polis ,bekas-bekas Tentera dan prihatin terhadap masalah yang di hadapi telah menyampaikan pelbagai bentuk bantuan kebajikan seperti bantuan kewangan untuk balu-balu,perubatan,kerusi roda,anggota palsu,keluarga angkat dan sebagainya.
SelanjutnyaPersatuan POLTERA adalah sebuah pertubuhan yang aktif, berjuang menurut perlembagaan Undang-Undang Negara dan kearah konsep '1 Malaysia' yang diamalkan bagi tujuan menghasilkan cita-cita dan aspirasi Ahli, Rakyat, dan Negara. POLTERA juga sentiasa akan memberikan tumpuan utama dalam menjaga kebajikan bekas-bekas Polis dan bekas-bekas Tentera di Negara kita.
SelanjutnyaAHLI KEHORMAT POLTERA adalah satu watikah penghormatan yang diberikan oleh Persatuan di atas jasa dan sumbangan individu,syarikat ataupun penaja-penaja ke atas aktiviti -aktiviti anjuran Poltera.Keahlian ini dikategorikan kepada 3 iaitu Ahli Kehormat (AK), Ahli Kehormat VIP (AKV) dan Ahli Kehormat VVIP Gold (AKVG).
Selanjutnyasedia memberikan bantuan kebajikan kepada anggota Bekas-bekas Polis dan Tentera serta keluarganya -menghulurkan sumbangan kewangan kepada balu-balu dan orang benar-benar kurang upaya -Memberikan sumbangan perubatan untuk penyakit yang sukar diubati -Sumbangan kerusi roda kepada anggota yang tua dan kurang berupaya untuk berjalan
PUTRAJAYA : Tan Sri Ismail Omar dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang baru, menggantikan Tan Sri Musa Hassan, berkuatkuasa 13 September ini.
Pelantikan itu diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, hari ini.
Beliau berkata, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Hussin Ismail, 57, akan mengambil alih jawatan Timbalan KPN daripada Ismail, 57.Pengumuman itu menamatkan spekulasi mengenai kontrak perkhidmatan Musa yang tamat pada 12 September ini selepas berkhidmat selama 41 tahun bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Musa, 59, yang bersara pada 2007, disambung perkhidmatan dengan kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali.
"Jawatan KPN dan timbalannya adalah Jawatan Khas di bawah Perkara 140 (4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan, di mana pelantikan tertakluk kepada perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong," kata Hishammudin ketika mengumumkan perkara itu di sini
Persatuan Kebajikan Keluarga Bekas Polis Dan Tentera(Poltera) adalah sebuah persatuan (N.G.O) yang ditubuhkan pada tahun 1994 bagi menjaga dan menjalankan aktiviti kebajikan untuk anggota bekas-bekas polis dan tentera serta keluarganya.
Kami terdiri daripada orang awam, pegawai polis bersara,pegawai tentera bersara dan individu yang budiman tanpa mengira kaum, bangsa dan jantina.